Selamat Datang Ke SKPDL online....semoga anda dapat mengenali SKPDL dengan lebih dekat....SKPDL DEKAT DI HATI...Kenali Profil Pentadbir SKPDL: Guru Besar :-En. Mohd Aliasa bin Abd. Rahman PK1 :-Tn. Hj. Mansor bin Ismail PK Koku :-En. Thoupek bin Osman PK HEM :-En. Mohd Talib bin Rahman...web master permata biru...
Makmal ICT SKPDL! Membantu anda mencari Maklumat

PROMO Sukan SKPDL 28.03.2009

Bersedia untuk Bertanding.
Semak Video Terkini Latihan Persediaan Sukan
Tonton Di Sini|

Anda tertanya-tanya apa yang berlaku di SKPDL sekarang?...Kini ruangan Perancangan & Takwim telah diaktifkan.Semak takwim SKPDL hari ini.

5 jan,SKPDL.Hari ini merupakan hari pertama persekolahan setelah sekian lama kita bercutiSepanjang tahun 2009 ini marilah kita bersama-sama berganding bahu menaikkan nama SKPDL sebagai sebuah sekolah yang yang cemerlang dari semua aspek. SELAMAT TAHUN BARU GURU-GURU SKPDL.



2009 bermula.Tahun ini bakal menyaksikan banyak rombakan yang bakal dilakukan oleh guru besar kita yang mesra dengan gelaran Cikgu Aliasa.Paling ketara ialah nama-nama kelas diberi dengan nama-nama yang lebih segar dan bermakna.perubahan ini bakal melihat tokoh ilmuan Islam IBNU SINA menggantikan ILTIZAM, IBNU KHALDUN menggantikan CEKAL dan IBNU BATUTAH menggantikan GIGIH.
Bagi beliau tokoh-tokoh tersebut bukanlah label untuk kelas tersebuttetapi sebaliknya beliau ingin melihat anak murid kita menjadikan nama-nama kelas tersebut sebagai idola mereka.
Senam Robik pada tahun 2009 ini akan diangkat menjadi rutin utama selepas perhimpunan.Oleh itu semua murid dan guru diwajibkan besenam pada hari tersebut.Rombakan juga sedikit dibuat pada tugasan guru.Guru-guru tahap satu ada yang diberi peluang mengajar tahun lima dan enam dan guru tahun enam diberi peluang mendidik murid-murid tahap satu.Alasan beliau, semua guru layak diberi peluang untuk mengembangkan bakat yang dimiliki.
Banyak lagi perubahan yang bakal dibawa oleh Cikgu Aliasa.Diharapkan perubahan ini membawa kesan yang positif untuk semua pihak.

;;